13 October 2009

Seminar Sehari

Baru-baru ini pada 10 Oktober 2009 ana telah menyertai seminar penulisan di UIAM. Ana memakai tudung biru waktu itu. Seminar tersebut telah membuka minda dan minat ana tentang penulisan. Insya Allah ana akan cuba menerbit sebuah buku dalam masa yang terdekat. Amin....
Lihat Gambar

22 September 2009

Ramadhan Kau Guruku

Ramadhan
Kau guruku
Kedatanganmu mengajarku
Sejuta rasa kemaafan
Sejuta rasa kasih sayang
Sejuta rasa kehambaan
Sejuta rasa kekerdilan

Ramadhan
Kau guruku
Tanganku dulu
Bagai Setongkol batu besar
Sukar menghulur sedekah
Kini...
Kau mengajarku
Walau sedikit kita memberi
Namun keikhlasan yang hakiki
Ringan tanganku kini menghulur sedekah
Walau tiada segunung intan

Ramadhan
Kau guruku
Diriku dulu
Bagai gunung Baling
Ego memberi kemaafan
Kini...
Biarlah ku maafkan sejuta kesalahan
Kerana aku manusia banyak melakukan kesalahan
Terasa ringan bagai kapas memaafkan kesalahan

Ramadhan
Kau guruku
mataku dulu
Bagai matahari
Kini...
Seperti hujan
Sedari banyak kesalahan
Mohon maghfirah Ilahi

Berkat Ramadhan
Kau guruku
Moga berkekalan hidayahMu
Sehingga bersua ditahun mendatang
Selautan maghfirah ku pohon
Ku insan kerdil

ananisha 2009
3 Syawal 1430H

14 September 2009

Pilunya sebuah perpisahan…

Ramadhan akan berlalu sebantar lagi. Aku masih terpaku dalam kondisi bulan yang suci ini. Aku bertanya pada diri ini, sudah apa buat hingga sampai ketika dan detik ini. Bagaimana dengan ibadahku? Al-Quran sudahkan aku khatamkan atau hanya sekilas pandang. Apakah bererti ungkapan cinta dan rindu yang selama ini aku tancapkan dalam hatiku. Di manakah azam aku yang pernah aku lafazkan dulu.

Semoga aku masih belum terlambat untuk mendapat rahmat dan kasih sayang Allah. Aku masih dalam pelukan rahmat Ramadhan yang tidak berapa detik lagi akan melepaskan pelukan kasih sayangnya. Semestinya aku akan terus merindui pelukan itu….

Oh Tuhan… berikanlah aku kesempatan untuk bersua lagi dengan kekasih yang aku rindui belaian dan pelukannya. Amin…

11 September 2009

Hari Raya

Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula.


HARI RAYA YANG HAKIKI:
Anas bin Malik berkata, ada 5 erti Hari Raya yg sebenarnya:


Hari yang dilalui oleh mukmin yang tidak dicatit padanya dosa-dosa.

Hari yg keluar dari dunia ini(mati) dengan membawa Iman, dapat mengucap dua kalimah syahadah dan terpelihara dari tipuan Syaitan

Hari yg dia berjaya menempuh Titian Siratul Mustakim dengan aman, selamat daripada huru, selama Qiamat dan terlepas dari seksaan Malaikat Zabaniah.

Hari yang dia masuk ke dalam Syurga dan aman (terpelihara) daripada Neraka Jahim

Hari di mana dia dapat melihat Zat Tuhannya.

Author : razaime (www.mymesra.com.my)

05 September 2009

Saturday, April 4, 2009

Pengalaman pertama....

Pengalaman pertama......
Tika ini....
Tersemat rasa bangga....
Kerana berjaya mencipta blog sendiri.

Terima kasih sayang...
Kerana mengajar daku,
Suatu benda yang baru,
Sesungguhnya kau sungguh baik, suamiku.

Pengalaman pertama....
Tak terungkap kata-kata,
Bahkan tulisan,
Untuk ku ungkapkan,
Perasaanku....
Pengalaman pertama mencipta blog!!!

04 September 2009

Selamat Datang

Salam Sejahtera....

Syukur kepada Allah kerana dengan izinnya saya dapat
menghasilkan satu blog yang tak seberapa ini.
Semoga ianya kan dapat memberi manfaat bersama.