11 September 2009

Hari Raya

Hari raya puasa dalam Islam ialah Eid Fitr. Eid itu maksudnya mengembalikan. Fitr itu fitrah. Jadi Eidil Fitri itu ialah mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan murni. Dalam erti kata yang lain, eidil fitri bermaksud membersih dan menyucikan fitrah. Selama sebelas bulan dalam setahun, manusia bergelumang dengan dunia. Selama itu jugalah fitrah manusia dicemari, dikotori dan dirosakkan. Fitrah manusia kian bertambah lemah dan tidak bermaya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, dikurniakanNya satu bulan dalam setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa supaya fitrah manusia yang telah lemah itu dapat dibersihkan, disuci dan dikuatkan semula.


HARI RAYA YANG HAKIKI:
Anas bin Malik berkata, ada 5 erti Hari Raya yg sebenarnya:


Hari yang dilalui oleh mukmin yang tidak dicatit padanya dosa-dosa.

Hari yg keluar dari dunia ini(mati) dengan membawa Iman, dapat mengucap dua kalimah syahadah dan terpelihara dari tipuan Syaitan

Hari yg dia berjaya menempuh Titian Siratul Mustakim dengan aman, selamat daripada huru, selama Qiamat dan terlepas dari seksaan Malaikat Zabaniah.

Hari yang dia masuk ke dalam Syurga dan aman (terpelihara) daripada Neraka Jahim

Hari di mana dia dapat melihat Zat Tuhannya.

Author : razaime (www.mymesra.com.my)

No comments:

Post a Comment